Read Books Online and Download eBooks, EPub, PDF, Mobi, Kindle, Text Full Free.
Tak Mungkin Dia
Download Tak Mungkin Dia full books in PDF, epub, and Kindle. Read online Tak Mungkin Dia ebook anywhere anytime directly on your device. Fast Download speed and no annoying ads. We cannot guarantee that every ebooks is available!
Download or read book Tak Mungkin Dia written by Rania Firdaus and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungannya untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi lebih akrab. Namun, sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiaannya. Kematian Azfar mengubah Erina menjadi seorang yang suka menyendiri. Keprihatinan ahli keluarga sempat membawanya kembali menjadi seorang gadis yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya. Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina. Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu. Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebagai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini? Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencari jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenarnya.
Book Synopsis Ingin Berkasih Lagi by : Damya Hanna
Download or read book Ingin Berkasih Lagi written by Damya Hanna and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 640 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya. Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya. Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.
Download or read book Hai, Encik Perfume! written by Immaz Huda and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 398 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Mirr Mediana, peguam muda yang bersemangat tinggi tapi ada masanya blur. Pertemuan demi pertemuan, tanpa sengaja telah menemukan dia dan Putra Aiqish. Setiap kali berjumpa, ada sahaja peristiwa yang terjadi hingga membangkitkan kemarahan masing-masing. Kata Mediana, “Cik susu kotak, awak panggil saya? Awak tahu tak yang saya tak dapat tidur malam tu disebabkan awak? Mula-mula awak ambil parking saya. Lepas tu, awak ambil susu kotak tu. Kemudian, awak langgar kereta saya. Dan disebabkan imej awak, saya tersalah masuk tandas! Lepas tu, awak bertukar kereta dengan saya. Kenapa setiap paksi dunia yang saya toleh, saya harus berjumpa dan terserempak dengan awak? Kenapa?
Download or read book Sayangku Merajuk written by Ayu Emelda and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara? Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti! Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia! Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah! Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya?
Download or read book Kasih Yang Suci written by Meen Zulaikha and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 716 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran. Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru... Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Book Synopsis Tiada Lagi Mimpi by : Sharifah Abu Salem
Download or read book Tiada Lagi Mimpi written by Sharifah Abu Salem and published by Alaf 21. This book was released on 2005 with total page 349 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga. Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja. Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia?
Download or read book Langit Cinta written by Damya Hanna and published by Alaf 21. This book was released on 2016 with total page 414 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Kedatangan Aliff Zulkarnain, pewaris Samudera Holdings ke pulau itu telah mengubah hidup Khadeja. Pertama kali bertentang mata, dia merasakan suatu perasaan yang meresap ke sanubarinya. Keikhlasan dan kesungguhan Aliff berjaya melembutkan jiwa kental Khadeja. Dia diperisterikan walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarga lelaki itu. Namun, ada hati yang terluka. Cinta luhur Budiman untuk Khadeja serta kasih Dr. Suzana untuk Aliff, terus menjadi rahsia. Tidak disangka, kebahagiaan Aliff dan Khadeja sekejap cuma. Khadeja diduga apabila Aliff tidak kembali selepas pulang ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Pemergian Aliff menjadi tanda tanya.
Download or read book Cinta Yang Terpilih written by Sri Diah and published by Alaf 21. This book was released on 2010 with total page 512 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: WARDA - Cinta adalah lautan masalah. Aku lemas. Tidak bolehkah cinta itu manis sepanjang masa? Apabila Zahim kemalangan, rupa-rupanya di sebelahnya ada perempuan lain! Malam ini, bukan malam jahanam. Aku berkelana untuk membuang badi cinta. Aku tidak mahu mengusung sengsara selamanya. Semoga ALLAH lapangkan dadaku untuk menerima musibah ini dengan redha dan semoga aku akan menjadi wanita yang lebih baik daripada semalam. ZAHIM - Tak mungkin aku akan meraih cintanya lagi. Aku ada maruah. Dia pun ada maruah. Manusia berbuat silap, ALLAH maafkan. Namun kesilapan manusia sesama manusia, memang payah untuk saling memaafkan.
Download or read book Impian Kasih written by Liza Zahira and published by Alaf 21. This book was released on 2004 with total page 440 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: SAKITNYA... bila cinta dikhianati. Justeru itu, Hazita melontarkan keinginannya jauh-jauh setelah cinta pertamanya dipersia. Dia tega memaksa hati menjadi sekeras kerikil. Baginya, lelaki usah dipercayai. Lantas... lamaran kasih daripada Hairie, lelaki kedua dipandang sepi. Mulut menidakkan sedang hatinya enggan berdusta. Ternyata, Hazita gagal menepis kehendak rasa. Dia akhirnya terdampar dalam cinta seorang lelaki bernama Amer. Mimpi mereka bersatu dalam melafaz janji setia. Ketika asyik menyulam rindu, muncul e-mel misteri dari Korea. Joo Eun, wanita mualaf mengaku Amer suaminya. Sejak bertahun, lelaki itu pergi tanpa khabar berita. Adakalanya Joo Eun pasrah. Namun, winter sonata yang pernah mereka lalui bersama, menyebabkan dia tidak pernah berhenti mengharap. Kepulangan seorang suami sentiasa didoa menjadi kenyataan, sebelum nafasnya terhenti.
Book Synopsis Cinta Boarding Pass by : BATIAH HADI
Download or read book Cinta Boarding Pass written by BATIAH HADI and published by Alaf 21. This book was released on 2017 with total page 279 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Mereka tertukar laptop adakah mereka akan tertukar hati juga? Hanna Zaki gadis 26 tahun tidak menyangka lelaki yang buat dia menyampah semasa di dalam kapal terbang telah tertukar laptop dengannya. Selepas mendapat laptop masing-masing Hanna menyangka lelaki itu tidak akan ditemui lagi tetapi malangnya dia asyik terserempak dengan Thareq Zidan. Apabila dia menggoda, Hanna jadi cair secairnya. Pertemuan kali kedua mereka berdua di Perth buat Thareq Zidan sedar dia tidak boleh lepaskan Hanna. Hati Hanna harus terus ditakluki. Dia luahkan perasaannya tetapi malangnya Hanna sudah pun bertunang. Thareq: “Belum, mana tahu awak bukan budak perempuan yang duduk di tepi tingkap tu. Entah-entah awak tipu. Boleh tak awak snap gambar awak. Bersekali dengan laptop saya.” Hanna: “Saya tak ada perasaan pada awak. Awak faham tak? Awak salah. Tolong jauhkan diri awak daripada saya. Saya dah nak kahwin. Saya tak mahu jumpa awak lagi dalam hidup saya Thareq Zidan!” Antara tanggungjawab dan pilihan hati, Hanna terpaksa membuat pilihan sama ada untuk terus memilih Dr. Hariz Zakuan, tunang pilihan ibu bapanya atau Thareq Zidan yang sering saja buat hatinya berbolak-balik dan keluh-kesah? CAPTION: Biarkan aku jadi penakluk terulung hati dan jiwamu. Kupinta pada TUHAN moga kau jadi milikku.
Book Synopsis Antologi Seram - Permainan Maut by : Helmi Effendy, Aida Adia, Ebriza Aminnudin, Syasya Bellyna
Download or read book Antologi Seram - Permainan Maut written by Helmi Effendy, Aida Adia, Ebriza Aminnudin, Syasya Bellyna and published by Buku Prima. This book was released on with total page 347 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Reunion yang diadakan di sebuah rumah agam yang dibina di sebuah kawasan pedalaman di tengah-tengah hutan menjadi saksi tragedi berdarah, Seorang demi seorang perserta alumni tersebut ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. Apa sebenarnya yang berlaku? Siapakah dalang di sebalik tragedi itu? Kau janji yang kau takkan cerita pasal aku?” – PERMAINAN MAUT Demi memenuhi tuntutan nafsu dan mengejar kekayaan dunia, perjanjian dengan ‘nenek’ dimeteri dan nyawa keturunan menjadi galang gantinya. Waris keturunan diganggu kerana melanggar perjanjian. Selama manakah waris-waris yang tinggal hidup dengan tenang? Perlukah perjanjian silam diteruskan hanya untuk meraih kebahagiaan dunia? “Kau perlu pilih satu sahaja antara banyak pilihan.”– NENEK, TOLONG KELUAR!
Download or read book Cinta Senget-Benget written by Nina Rose and published by Alaf 21. This book was released on 2015 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Natasya Ayumi tidak sanggup lagi dipermainkan oleh Hiroshi dan Minami. Akibat cemburu dan harta, gadis itu tercampak di sebuah pulau di Terengganu dan menjadi gadis pengangkut ikan. Kehadirannya tidak disenangi Mak Cik Tina. Wanita itu merasakan Ayumi merimaskan di dalam keluarga. Lantaran mengatur rancangan agar gadis itu menerima lamaran Pak Hamid. Oh, tidak! Mana mungkin dia berkahwin dengan orang tua itu sedangkan seorang jejaka bernama Hadi sudah menaruh cinta padanya. Namun, Hadi bukanlah pilihan hatinya. Sebenarnya, hatinya sedang dipancing oleh Afif Dawson a.k.a Encik Ikan Masin! Ah, mana mungkin menerima lelaki itu ke dalam hidupnya? Menerima Encik Ikan Masin bererti dia menghancurkan harapan teman wanitanya. Ayumi dalam dilema!
Download or read book Kau Tetap Di Hati written by Liza Zahira and published by Alaf 21. This book was released on 2008 with total page 446 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Terperangkap di celah kemelut silam kakaknya, menjadikan Sophia gadis yang cekal. Kepulangannya dari New Zealand bukan membawa segulung ijazah tetapi terpaksa berhadapan dengan bekas abang ipar yang berdendam dengannya. Lalu bermulalah episod baru yang datang silih berganti. Demi masa depan depan tiga orang anak saudara, dia menerima Nasmizan, rakan lama yang akirnya menjadi suami. Malangnya, musibah menimpa. Suami yang baru dinikahi menemui ajal di tangannya. Fitnah telah merosakkan segala harapan, apatah lagi dia dituduh bersubahat membunuh oleh ibu kandung sendiri. Segala dugaan terpaksa ditempuh sendirian hinggalah Benjamin, lelaki yang pernah singgah di hatinya muncul kembali. Tapi, bukan mudah untuk mendapat restu daripada seorang ibu lantaran kasih terhadap menantu yang telah tiada masih begitu utuh. Sophia Basir... berpijaklah di bumi nyata! Di usia muda ini, mustahil terus-terusan mahu menjadi lilin, sedangkan diri sendiri berhak mengecap bahagia. Bukankah hidup mesti diteruskan?
Download or read book Egois written by Norhayati Berahim and published by Alaf 21. This book was released on with total page 342 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Memang sukar untuk digambarkan bagaimana perasaannya. Kecewa, sedih dan pilu bercampur baur sehingga dia benar-benar tidak dapat berkata apa-apa. Dia rasa mahu menangis dan di masa yang sama dia rasa mahu menjerit sekuat hatinya supaya orang tahu perasaan yang dialaminya. Kadangkala dia rasa adakah dia bermimpi? Namun dia tahu semua itu adalah satu kenyataan. Dia terpaksa menerimanya, dia terpaksa menghadapinya. Siapakah yang mahu terluka dalam hidup? Siapakah yang mahu menempuh rasa kecewa? Dia teringatkan kasih yang disemai sekian lama. Dia benar-benar tidak sangka kasih yang disemai dan dibajai dengan sebaik-baiknya akan musnah begitu sahaja. Dia masih teringat-ingat kalimah dan berita yang diterimanya siang tadi. Berita yang hampir meragut perasaannya.
Book Synopsis Hei... Aku Kenal Cinta by : Xeera Feeqa
Download or read book Hei... Aku Kenal Cinta written by Xeera Feeqa and published by Alaf 21. This book was released on 2012 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Berani sungguh Arianna memutuskan hubungan cinta dengan Ashriq. Memang cari pasal! Ashriq pantang kalau dipersendakan. Dia mahu mengajar Arianna sehingga gadis itu melutut dan memohon maaf padanya. Untuk menjayakan rencana itu, dia harus mencari seorang gadis yang boleh berlakon menjadi kekasihnya. Dia tahu siapa yang boleh menggalas tugas itu. Ellisa! Terkejut Ellisa diterjah Ashriq, lelaki yang baginya perasan bagus disebabkan kepopularannya di kampus. Menyampah! Tetapi tawaran lelaki itu sungguh mengujakan. Jika dia terima watak sebagai ‘kekasih’ Ashriq, Ashriq memberi jaminan bahawa bandnya dapat menyertai pertandingan Battle of the Band hingga ke peringkat akhir. Wah, benar-benar hebat! Tetapi bolehkah dia bertahan dengan Ashriq? Lebih banyak keburukan yang akan dihadapinya berbanding kebaikan. Sudah pasti dia menjadi bahan gosip dan bakal berdepan dengan ‘mean girl’ terbesar kampus - Arianna. Teruk tekanannya.
Book Synopsis Menanti Kasih by : Norzailina Nordin
Download or read book Menanti Kasih written by Norzailina Nordin and published by Alaf 21. This book was released on 2007 with total page 517 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pertemuan kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. Siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dalam pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya untuk tempoh dua minggu? Betapa taksubnya cinta dua insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yang dianggap dusta belaka. Namun, dalam keseronokan bercinta, ada insan yang merana. Kamel... satu-satunya lelaki yang pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? Kasihan lelaki itu! Cintanya tidak kesampaian... Kemunculan Ahmad Ridzafi memberi tamparan hebat kepada Farhana. Lelaki itu melamarnya dengan penuh keikhlasan jiwa. Biar bagaimana hebat sekalipun onak merintangi, gadis itu harus menjadi miliknya. Fikiran Farhana menjadi tidak keruan. Mampukah dia menerima lama-ran itu kerana pada masa yang sama mengharapkan orang yang di-sayangi datang membersihkan luka di hati? Farhana benar-benar buntu. Dia ingin menyayangi dan disayangi. Sememangnya, dia hidup dalam alam realiti tetapi masih tidak berupaya menggapai kebahagiaan. Yang mana satu menjadi pilihan hati? Dia hanya berserah kepada Yang Maha Esa dan menanti kasih jejaka yang sudi bertakhta di hatinya.
Book Synopsis Merdu Lirik Kasih by : Durrah Fatiha
Download or read book Merdu Lirik Kasih written by Durrah Fatiha and published by Alaf 21. This book was released on 2011 with total page 528 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Pertemuan dengan seorang gadis yang langsung tidak tertarik kepadanya mencalarkan ego Azad. Bila kesempatan datang, dia tidak teragak-agak untuk mengenakan gadis itu. Dalam bertikam lidah dan balas-membalas usikan, satu perasaan asing mula hadir di hati si jejaka. Sorfina juga seperti membalas rasa tersebut walaupun gadis itu sebenarnya terikat dengan Talhah yang baik dan penyayang. Azad teruja kala takdir memihak kepadanya. Namun, hidup tidak selalunya bahagia. Dalam meniti saat indah bersama Sorfina, Azad terjebak dalam kancah fitnah yang menghancurkan segalanya. Dia kehilangan kedudukan dan reputasi. Sudikah Sorfina bertahan di sisinya sedangkan kehadiran Talhah mendapat restu keluarga gadis itu? Apakah kesinambungan novel Rindu di Kalbu ini akan mengakhiri kembara Azad mencari cinta?